Assalamualaikum,
Sila beri perhatian
Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam sama ada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum".Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan hanya menulis "S.A.W" dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis "S.W.T" maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum"
Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalamualaikum" adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi sama ada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab.
Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa.
Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum"
Sekian, terima kasih
P/S]semekom, sekom, selekom.[/b] . Ada artis lawak kita yang suka sangat menggunakan cara ini apabila memulakan show. Dan audience pun ketawa terbahak-bahak. Kurang ajarnya ! Dan yang paling kurang ajar ada yang buat main sehinggakan sebutan menjadi celcom[-(
Perhatikan rakan2 anda di mana sahaja..kalau ada salah sila tegur....
Ucapan Assalamualaikum - JANGAN disingkatkan!!!
Posted by
Trader FX
on Saturday, July 23, 2011
Labels:
Islamic Section
0 comments:
Post a Comment