Cooliris merupakan plug-in / add-Ons yang perlu dipasang pada pelayar internet (browser) bagi membolehkan ianya beroperasi. Cooliris ini akan menjadikan kerja-kerja navigasi gambar anda secara berinteraktif, mudah dan lebih menarik. Cooliris ditawarkan secara percuma untuk pengguna pelayar Firefox, Chrome, Internet Explorer, Safari dan menyokong sistem Window serta Mac.
Cooliris membenarkan anda menavigasi gambar secara paparan dinding (wall), persembahan slaid dan fungsi Zum untuk pembesaran gambar. Anda bebas untuk mengerakkannya ke kiri ataupun ke kanan dan lihat bagaimana gambar itu dipersembahkan kepada anda, ianya sangat berinteraktif. Sekiranya anda sedang mencari imej di Google atau ingin melihat foto di halaman Facebook , hanya pasangkan Cooliris ini dan anda akan dibawa berlayar untuk melihat gambar-gambar dengan mudah.Ringkasnya, Cooliris ini memang Cool!
Cara-cara untuk memasang Cooliris :
1 | Muat-turun di Cooliris.com dan ikut arahan yang diberikan.
2 | Selepas anda Restart pelayar , anda sudah boleh mula terus menggunakan Cooliris.
Terdapat pelbagai kaedah untuk mula menggunakan Cooliris ini.
i) Klik pada ikon cooliris yang terdapat diatas toolbar pelayar anda (Dalam bulatan merah)
ii) Jika anda ingin melihat foto di halaman Facebook anda hanya perlu perlu pergi pada album yang dipilih, icon cooliris akan muncul dan klik padanya seperti gambar dibawah ini.
Gambar-gambar pada album Facebook anda akan dipaparkan pada Tab yang baru.
0 comments:
Post a Comment